Sedikit latar belakang penulis

My Photo
Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin
Pontian, Johor, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih atas kesudian anda semua kerana sudi singgah sebentar di laman ini. Har di lahirkan di Hospital Pontian dan kini sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan.Berusia 21 tahun dan merupakan putera sulung kepada Zainalabidin bin Musa dan Sarimah bte Abdul. Har juga merupakan Wakil Mutlak Jeneral 313 Cawangan Johor. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang 313. Anda boleh menghubungi har di 012-7449023 atau pun di putra_rasyid13@yahoo.com
View my complete profile

Friday, July 31, 2009

BuAt SeMuA


Ini pic terbaru Har..Kalau kawan2 perasan,rambut Har dah pendek ala Mawi..



Thursday, July 30, 2009

Mengharapkan Kesetiaanmu..

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini Har rasa sedih sikit sebab saat utk Har pergi meninggalkan dia selama 7 bulan semakin hampir. Memang Har rasa gembira sangat bila terpilih ke Pusat Latihan Polis. Tapi dalam masa yang sama Har asyik terfikir tentang dia pula.
Ape akan berlaku selepas Har ke sana nanti. Macam mana Har nak tumpukan perhatian dalam latihan sedangkan Har asyik terfikirkan dia saja. Ya Allah... Kenapa mesti ini semua berlaku ke atas aku??
Mungkin inilah salah satu ujian kecil yang Dia berikan kepada kami untuk menguji sejauh mana cinta kami berdua. Ape pun Har mengharapkan yang terbaik untuk dia. Har hanya mampu merancang. Tapi Dia yang menentukan segalanya.
Saat Har bertemu dia walaupun seketika amat Har hargai.. Har mengharapkan dapat bertemu dia sekali lagi lepas habis latihan nanti. Har harap sangat dia dapat menghadirkan diri semasa Perbarisan Tamat Latihan Har nanti.

Sunday, July 26, 2009

Seketika Bersamamu

Kata orang,walau jauh mana sekalipun.Kita tetap akan bertemu dengan orang yang kita nak sangat jumpa.Yang penting usaha...Lebih kurang macam tu la ape yang orang cakapkan.Keberulan hari tu abah panggil Har.


"Esok along tolong hantarkan laptop dekat angah boleh x?Angah nak guna."katanya.

Nak di ikutkan hati memang malas.Tapi bila di fikirkan semula,tu aje peluang yang Har ada untuk jumpa angah.Sambil2 tu boleh juga Har jumpa sayang..Har pun bersetuju untuk ke KL esok.

Mulanya Har fikir nak surprisekan dia.Tapi takut juga dia ada hal esok.Lalu Har capai handset Har.

"Esok nak jumpa abang x?"

Selang beberapa minit handset Har berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Ape???"

Har dah agak mesti dia terkejut.Mulanya dia tak nak jumpa Har.Macam2 alasan dia beri.Tak sedia la....Malu...Macam2.Tapi Har x putus asa.Har nekad.Akhirnya dia setuju jugak.Mase tu Har rasa happy sangat.

Esoknya jam 8.30 pagi bas Har bertolak.Sepanjang perjalanan Har asyik teringat dia.Takut juga nak jumpa dia.Tapi Har kena relaxkan diri.Har beritahu dia jam 1.00tgh Har akan sampai di Puduraya.

Har tak boleh lambat masa tu sebab nak kena jumpa Angah di kampus dia.Bila sampai je di Pudu dia takde lagi.Dia masih dalam perjalanan.Har pun tggulah dia sambil tengok gelagat orang di sekeliling.

Handset Har berbunyi.

"Hello abang,abang dekat mane?Boleh x pergi dekat Dunkin' Donuts?Syg tggu dekat sini."

Har pun pergilah mencari dia.Dari jauh Har dah nampak dia.Tp Har nakkan kepastian sama ada tu memang dia.Takut juga salah orang.Tapi memang sah dia orangnya.

Pertama kali jumpa dia,ngelabah juga.Adik dia dan boyfren adik dia ada sekali.Lepas Har salam boyfren adik dia Har pun keluar dengan dia dari Puduraya cari teksi.Penat juga nak mencari,teksi2 situ kenakan caj mahal.RM 25 untuk ke Lembah Pantai.

Kesian juga Har tengok dia ikut Har ke hulu ke hilir ikut Har.Akhirnya Har ambil 1 teksi.Mahal pun mahallah..Janji sampai.Har tak nak tengok dia berpanas lama2.

Sampai je kampus Angah Har terus cari angah.Bila jumpa je angah terus Har bagi barang2 dia.Lepas tu Har lepak2 dengan angah dekat bawah hostel dia.Har tengok sayang Har dengan angah macam serasi.Harap2 betullah..

Masa nak balik ke Puduraya,Har pergi singgah kedai makan.

"Sayang nak makan x?"soal aku kepada dia.
"Tak nak la bang.Tadi dah makan lepas habis kelas"Jawabnya.

Dia cuma order milo ais jer.Segan plak Har makan depan dia.Tapi Har sumbat je makanan tu dalam mulut.Har pun memang kebulur.Dari pagi tak makan ape2.Yang bestnya mase tu Har baru dapat taw dia suka makan ais.





Ape pun dia tetap sweet.Sayang sangat kat ayang.Setel jer makan Har dengan dia balik ke Puduraya.Teksi kali ni murah.Sebab guna meter.Dekat sana Har ambik tiket bas jam 8.30 malam.Kira dia kena teman Har selama beberapa jam tu.Cian dia.Tapi Har tahu dia hepi dapat luangkan masa utk Har.


Har dengan dia duduk dekat luar bangunan Puduraya.Sibuk tengok kereta lalu lalang.Sambil2 tu dia makan jambu yang Har belikan.Dalam pada tu Har seronok jugak kutuk2 orang yang lalu situ.hehe..

Dah boring dekat luar Har masuk dalam bangunan tengok tv.Dah tu pergi minum2 dengan dia.Sekali lagi dia makan ais yang ada.Termasuk la yang ada dalam minuman Har.Sambil2 tu Har berborak dengan dia.Har pusing2 jalan dengan dia.Dia sibuk ajak Har pergi Times Square.Har plak malas.Yang Har cari port nak tido jer.Penat sangat naik bas dari Johor.

Jam 7.00 petang Har makan malam dengan dia.Mase tu Har dah mula rasa sebak sebab sejam setengah lagi Har akan balik Johor.Tak lama tu adik dia dan boyfren adik dia muncul.

Sebelum Har pergi ke platform bas.Dia belikan family Har buah tangan.Thanks sayang..

Setengah jam sebelum bertolak,Har dengan dia dah di platform bas.Masa tu Har rasa nak peluk dia.Har xnak balik JB.Har nak sentiasa dengan dia.Har tahu dia sedih..Har nk pegang tangan dia.Har sayang dia.Har takut x dapat jumpa dia lagi pastu.

Tepat 8.30 Har naik bas.Har tengok muka dia buat kali terakhir.Har tak sanggup nak balik.Har nampak dia beri isyarat nak naik ke atas.Har angguk.Tapi dalam hati ni hanya Allah yang tahu.

Bila bas dah bertolah Har sms dia beritahu Har dah gerak.Tak lama lepas tu ada mesj masuk.Har baca.


"Abang,tadi sayang nak sangat cakap dekat abang yang sayang nak salam tangan abang dan cium tangan abang.Tapi sayang tak tahu mcm mana nak ungkapkan kata2 tu"


Masa tu Har rasa tersentuh sangat.Har rasa nak turun dari bas.Har harap tu bukan pertemuan terakhir kami.






"Sayang,abang sayangkan sayang selamanya.
Moga jodoh kita berpanjangan"


Friday, July 24, 2009

FoR U

ATHIRAH DIYANA binti MOHAMAD HANAPI...
Sudi tak awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?
Bersama di saat suka dan duka...
Menjadi isteri yang solehah kepada saya,
Dan ibu kepada anak2 sy???

BuAtMu AtHiEra DiYaNa



Pertamanya,“Aku cinta kamu’

Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu

Betapa aku menyayangimu

Di seluruh ruang hati

Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit

Bukan kerna kamu yang mencalarnya

Bukan kerna kamu tiada di hati

Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli

Kamu langsung tidak mengerti

Betapa pedihnya hati ini

Namun aku mahu memahami
Kamu selalu menjadi marah

Hingga hati aku menjadi susah

Namun, kamu lagi resah

Biarlah aku yang beralah
Kamu yang aku cintai

Hatimu tidak akan aku lukai

Biar kamu marah, sedih dan menangis

Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,

Sebuah ungkapan,“

Aku cinta kamu”
"Abang sayang ayang dan akan terus menyayangi sayang selamanya...
Jangan nakal - nakal sepanjang ketiadaan abang nanti.
Insya Allah lepas latihan abang akan cari sayang.
Ada masa abang akan selalu contact sayang.
I'LL MISS U SAYANG"

InDaHkAn DeTiK BeRcInTa

Salam ukhwah dari Har buat teman2...
Har yang Har rasa amat membahagiakan ini ingin Har kongsikan dengan rakan2 bagaimana cara utk kita mengungkapkan kata2 cinta kita kepada SI DIA dengan cara yang di anggap cukup kreatif...
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.
Sedikit petua yang Har kongsikan ini di harap dapat membantu anda utk mebuatkan hatinya melayang seketika. SELAMAT MENCUBA..

KaU BuKaN MiLiKkU

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan

Bayanganmu…kerna hatiku luluh…

Jangan muncul dalam kotak ingatanku…

Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…

Tapi biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…